Monday 23 September 2013

HAKAM dan AKU

Assalammualaikum/salam sejahtera,
Blog ini baru sahaja dihasilkan dalam berkongsi idea dan pandangan mengenai HAKAM. Apa sebenarnya HAKAM? HAKAM ialah singkatan kepada Hak Asasi Manusia, merupakan satu kursus atau subjek berkod ZZZT2153, bertaraf U3,  merupakan satu kursus yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia di mana aku merupakan salah seorang penuntut di sini. 
Apa kaitannya AKU dengan HAKAM? 
Sebelum itu, sedikit pengenalan mengenai diri aku, diberi nama Siti Khatijah Binti Ahmad, berasal dari Melaka, berumur 21 tahun, merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. Mengambil subjek ini sebagai salah satu subjek PB untuk mencukupkan 'credit hours' bagi membolehkan aku grade pada masa sepatutnya. Blog ini dihasilkan kerana ia merupakan salah satu perkara yang akan dinilai oleh pensyarah bagi subjek ini iaitu Encik Mohamad Bin Taha. Ia juga merupakan medium untuk para pelajar yang mengambil kursus ini bagi Semester 1 Sesi 2013/2014 dalam berkongsi ilmu, pembacaan, pandangan ataupun komen mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak-hak asasi manusia yang sedang berlaku di sekeliling. Walaupun sebab utama blog ini dihasilkan adalah disebabkan carry mark yang membawa peratusan sebanyak 5% yang akan diberi oleh pensyarah, tapi harapan aku akan ada input yang akan aku dan rakan-rakan perolehi terutama mengenai perkara yang dekat dan sangat berkait rapat dengan diri kita sebagai manusia.
Sekian.


1 comment: